Dare To Dream
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
trIk g0da 'EX-BOYFRIEND'
Thursday 7 July 2011 @ 12:51 am | 0 Comment [s]

assalamualaikom dan salam sejahtera...ari nie lina update bl0g awal sikit dari hari-2 sebelum ini yer...hehe...anda dah baca tajuk di atas..?ofc0z lrr dh bacakn :)

ari nie lina nak kongsikan dengan korang mcam mana cara-2 ntuk ambil balek exbf kita..haha..biarpun dia still single or not..! tak kesa la dia dah berpunya atau tak yang penting kita usaha..! hoho...dah-2 buang masa jah..mari baca di bawah ni k..

suatu masa dulu cinta kamu dan si dia begitu kuat dan utuh..kata orang kamu berdua adalah pasangan yang paling serasi dan sepadan..namun apabila badai melanda,,segala-galanya dengan mudah hancur berkecai..kamu ambil jalan singkat terus memutuskan cinta yang telah lama dibina..namun setelah kehilangannya barulah kamu dapat rasakan betapa pentingnya si dia dalam hidupmu..


 waktu itu barulah kamu sedar andainya kamu bersabar dan berbincang dengan baik,,masalah yang timbul sebenarnya masih boleh diselesaikan..tidak perlulah sehingga memutuskan hubungan..sekarang biarpun ada ramai yang datang menghulur cinta baru,,kamu tetap tidak dapat menerimanya..bagimu hanya si dia sahaja yang sesuai..namun masih ada harapankah untuk kamu meraih kembali cintanya..pepatah ada mengatakan 'terlajak perahu boleh diundur,tapi terlajak kata binasa diri'


bagaimanapun usah bimbang terdapat beberapa panduan untuk kamu menyelesaikan masalah yang dihadapi..bagi yang nekad untuk dapatkan kembali cintanya ikuti panduan berikut..

..................................................................................................

YES..! DIA MASIH SINGLE
senang sahaja kalau sudah ternyata dia masih single,,pelbagai cara yang boleh kamu lakukan bagi mengejar kembali cintanya..namun kunci kejayaan adalah bergantung kepada usaha dan semangat tidak putus asa yang ada dalam diri kamu..


SMS MANIS..
kirimkan dia SMS manis yang menujukkan kamu begitu prihatin dan ambil berat terhadapnya misalnya bertanyakan khabar..sesekali boleh juga sekiranya kamu mengirimkan SMS yang romantis dan kata-kata yang puitis..untuk permulaan ini biarlah kata-kata kamu hanya sinis-sinis sahaja..sekiranya dia memberi respons membalas SMS kamu..tunggu masa agak lama sedikit untuk membalasnya kembali..buat dia seperti ternanti-nanti kamu..


KESINAMBUNGAN
setiap kali kamu menghantar SMS,telefon atau bertemu dengannya sebelum mengakhiri jangan lupa untuk memberi pesanan seperti "nanti esok kita berbual lagi ya..take care.." kamu dan dia perlu kesinambungan sekiranya kamu inginkan si dia kembali padamu..lebih baik lagi andainya kamu mengajaknya menemani kamu membeli-belah keesokan harinya..cara ini boleh membuatkan kamu bertambah rapat kerana berkongsi idea dan pilihan..namun andainya si dia tidak berminat membeli-belah carilah aktiviti yang menarik minatnya..


REFRESH KENANGAN
kemudian setelah hubungan makin akrab cubalah kamu mengingatikannya kembali cerita-cerita lucu atau pahit manis yang pernah dilalui semasa kamu bersama dia dulu..pastikan cerita-cerita tersebut boleh membuatkan dia ketawa,gembira dan terharu..jangan pula sehingga membangkitkan kemarahannya..selain itu,kamu juga boleh menyelit dengan mengungkap kembali saat-saat paling romantis kamu bersamanya misalnya menyambut ulang tahun yang pertama..


TANYA TEMAN BAIKNYA
ini penting..! kamu harus tahu perasaannya pada kamu pada waktu ini..jangan terus mengharap pada yang tidak sudi..caranya mudah..kamu pasti mengenali sahabat baiknya bukan atau teman-temannya..carilah seorang yang boleh dipercayai untuk menyiasat sama ada dia masih ada hati untuk bersama kamu atau tidak..sekiranya ternyata masih ada harapan aturlah strategi untuk pastikan dia tidak akan lago terlepas dari genggaman kamu..


BERTERUS TERANG
sekiranya kamu dan dia sudah semakin akrab dan mesra rasanya tidak salah kamu berterus terang menyatakan perasaan kamu padanya..dapatkan jawapan darinya secara tulus dan ikhlas..jangan mendesak si dia menerima kamu kembali..biarkan dia membuat keputusan mengikut hatinya sendiri bukan kerana simpati.


..........................................................................

SI DIA NOT AVAILABLE..!
si dia sudah mempunyai kekasih lain namun jangan bimbang masih ada lagi beberapa cara untuk menyelamatkan keadaan..jangan putus asa dan masih ada harapan selagi dia belum berkahwin..paling penting kamu perlu banyak bersabar..


BERFIKIRAN TERBUKA
biarpun kamu sudah tahu si dia telah pun ada pengganti kamu namun tidak salah menunjukkan kamu masih sudi bersamanya sebagai sahabat..caranya..? tetap SMS sesekali sekadar bertanyakan khabar..buat sementara waktu kamu perlulah menahan perasaan sayang dan cinta kamu terhadapnya dengan menjadi sahabatnya bukan kekasih..namun dalam masa yang sama tetap lakukan usaha-usaha untuk memikatnya kembali..mungkin cara ini nampak kotor tetapi best women win..!


TIDAK BOLEH CEMBURU
mungkin hati kamu akan mula berasa panas apabila mendengar cerita-ceritanya bersama awek baru..sekiranya kamu inginkan sesuatu kenalah banyak bersabar..dengarkan sahaja cerita-ceritanya dan tahan dulu cemburu kamu itu..dengan cara ini si dia akan lebih mudah percaya kamu 
adalah sahabatnya dan boleh berkongsi segala-galanya..dari perasaan sahabat si dia akan sikit demi sedikit merasakan kamu lebih memahaminya dan kamu lebih sesuai untuknya..


TEMAN BERBUAL
apa yang diperlukan oleh seseorang kekasih adalah mempunyai teman yang boleh diiajak berbual dalam semua hal..orang tersebut juga mestilah boleh dipercayai,menyimpan rahsia dan yang paling penting sentiasa bersedia susah dan senang..jadi apa kata kamu cuba jadi teman bualnya..mungkin dengan cara ini kamu boleh merapatkan kembali hubungan kamu berdua..so be ready and always be available..bila-bila masa sahaja dia memerlukan kamu tidak boleh ada alasan lain kamu mesti berada bersamanya..


KONGSI MASALAH
sekali-sekala kamu hubungilah si dia untuk berkongsi masalah tetapi jangan sampai menyakitkan hati teman wanitanya pula..kamu boleh ceritakan betapa sunyinya hidup kamu tanpa si dia..buat dia terharu atau kamu juga boleh meminta pendapatnya tentang ciri-ciri pasangan yang terbaik untuk kamu bagi menggantikan tempat si dia..lihat ciri-ciri yang dinyatakannuya..mungkin ciri-ciri itu ada padanya..sahlah dialah orang yang dimaksudkan..


................................................................................................

OPSS..! BERHENTI 
ada kalimat yang mengatakan "a break up is like a broken mirror.it is better to leave it broken than hurt yourself trying to fix it" jadi tandanya kamu mesti pergi dan berhenti apabila :


DITOLAK
wah..! dengan terus terang dia beritahu bahawa kedatangan kamu kali ini dalam hidupnya telah membuat dia rasa tidak tenteram dan tenang..dia begitu berharap kamu pergi jauh dalam hidupnya dan tidak akan kembali lagi sampai bila-bila..jadi apalagi yang hendak ditunggu-tunggu..daripada dia terus mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati kamu lebih baik angkat kaki..


TERGANTUNG
si dia tidak beritahu apa atau menunjukkan sebarang reaksi..apa yang kamu rasakan si dia mahu bersama kamu semula tetapi tidak pernah melakukan sebarang tindakan untuk menyelamatkan kembali hubungan kamu berdua..daripada kamu pening-pening kepala memikirkan sama ada dia mahu atau tidak rasanya lebih baik kamu berundur..lebih selamat..manalah tahu kalau kamu terus menunggu rupanya dalam diam dia sudah ada yang lain..merana dik..


JUAL MAHAL
biarpun kamu cuba untuk memperbaiki keadaan dengan memberi perhatian dan kasih sayang padanya namun dia sedikit pun tidak mempedulikannya..malah cinta kamu dilakukan seperti sampah serta dia langsung tidak menunjukkan respons untuk membalas cintamu..lagi kamu mengharap,,lagi dia berlagak jual mahal..jdi jangan tunggu lagi..carilah orang baru yang lebih menghargai kamu..


fuhh..! akhirnya habes jugak tulis benda ney..leng0h aih tangan cekk.,,dari balek k0lah tadi sampai la..baru habis...alhamdulilah...kalau dah baca tuh try manfaatkan nya k0d-2 dapat balek kan...hehe...k la..by2...nak-2 td0k dh....selamat malam..assalamualaikom..



Older Post | Newer Post
Vas Happenin'


Entry Profile Links

Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my tagboard.


my bunchet


omey tak pakwe kitew yang pakai baju merah to ? pheww . nama dia muhammad hafiz . kitew sayang dia sangat-ii oow . tarikh keramat kami ialah 13.12.2011 . sayang kau sangat-ii bunchet !


My Brother


handsome tak ? he is my lovely brother . nama dia muhd nazmie dan saya sayang dia macam abang sendiri .



Tagboard



Round of applause


Template by : Shira Radzuan
Basecodes by : Nur Izzati
Resources : | | |